1.1 Seminar Strata
Pada 2 Disember yang lepas, 3 orang kakitangan PMINT Urus telah menyertai Seminar Ke Arah Kecemerlangan Komuniti Strata yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertempat di Aras 5, Auditorium MPAJ.
Seminar itu juga turut disertai oleh AJK JMB dan MC di sekitar Ampang. 3 slot sesi dibentangkan dalam seminar ini. Antara tajuknya ialah Klasifikasi Harta Tanah Bertingkat dan Kaedah Pengiraan Unit Syer, Tatacara Perolehan JMB/MC dan Prosedur Sitaan Harta Alih JMB/MC. Pembentang-pembentang seminar terdiri daripada COB MPAJ, COB MPKj dan Akauntan KPKT.
Seminar ini sedikit sebanyak telah memberi ilmu baru dan kefahaman yang lebih kepada kakitangan yang masih baru dalam bidang strata ini.
1.2 Kerja-Kerja Pembinaan Pejabat Pengurusan
Kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian pejabat pengurusan telah berjalan sebagaimana perancangan. Semasa pembinaan, cuaca hujan menganggu kelancaran proses tersebut. Namun cuaca yang panas selepas itu telah membantu untuk kerja-kerja pembinaan ini disiapkan berakhir Disember.
Kerja-kerja pemasangan signage di setiap projek serta penghantaran barangan dan alatan kelengkapan pejabat dilakukan selepas pejabat telah siap dibina dan diubahsuai. Tetapi bagi projek di Rumah Pangsa Bukit Kecil 1, walaupun kabin telah siap dibina dan perabot telah diisi, namun pemasangan elektrik ke pejabat tersebut belum lagi selesai. Kebiasaan proses ini memakan masa sebulan lebih dan bergantung kepada TNB di ibupejabat kerana semuanya melibatkan sistem online.
Berikut disertakan gambar-gambar sebelum dan selepas pengubahsuaian pejabat berkenaan :-
SEBELUM | SELEPAS | |
![]() |
![]() |
|
a) Rumah Pangsa Kampung Kolam | ||
![]() |
![]() |
|
b) Rumah Pangsa Batas Baru | ||
![]() |
![]() |
|
c) Rumah Pangsa Bukit Kecil I | ||
![]() |
![]() |
|
d) Rumah Pangsa Bukit Depu |
1.3 Pengemaskinian Data Ke Dalam Sistem UBS
Sebagaimana perbincangan yang lalu dengan Bahagian Pengurusan RAKR dan Bahagian Kewangan, segala bayaran yuran pengurusan strata akan dihentikan sementara berakhir pada 15 Disember 2017. Sementara menunggu peralihan wang akaun strata, maklumat tunggakan strata terkini telah dipohon kepada Bahagian Pengurusan RAKR.
Setelah mendapat maklumat berkenaan, data tersebut dikemaskini ke dalam sistem UBS. Maklumat ini penting bagi mengelakkan tersalah kemaskini rekod pembayaran dan tunggakan pemilik rumah.
1.4 Pembukaan Akaun Strata Dan Pindahan Wang Akaun Strata
Pada perbincangan yang lalu, pihak PMINT Urus akan membuka satu akaun bank untuk menempatkan wang akaun strata daripada PMINT. Namun begitu oleh kerana keperluan sistem baru strata di PMINT, ia memerlukan pembukaan akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas (sinking fund) secara berasingan mengikut projek.
Oleh kerana pihak PMINT akan membuka akaun bank bagi setiap projek berkenaan, maka pihak PMINT Urus hanya perlu mendapatkan keputusan resolusi BOD untuk menukar penandatangan setiap akaun bank tersebut.
Jika mengikut perancangan asal, wang akaun strata PMINT akan diserahkan ke PMINT Urus pada bulan ini. Namun proses ini hanya boleh diteruskan setelah selesai urusan penukaran akaun bank berkenaan. Buat sementara waktu, sebarang kutipan yuran penyenggaraan akan dimasukkan ke dalam akaun bank PMINT Urus pada Januari 2018.
1.5 Edaran Notis Pemakluman Perpindahan Pengurusan Strata Dari PMINT Ke PMINT Urus
Perbincangan dengan Bahagian Pengurusan RAKR yang lepas, pihak PMINT Urus meminta bahagian berkenaan menghebahkan pertukaran pengurusan strata ini kepada penduduk. Kemudian notis tersebut dicetak dan diberi kepada kakitangan operasi PMINT Urus untuk menghantar notis kepada setiap penghuni rumah pangsa.
Selain menghantar notis pemakluman, pihak PMINT Urus juga menghantar sekali notis operasi pejabat pengurusan dan jadual waktu bertugas bagi kutipan bermula Januari 2018. Notis ini diedar dari pintu ke pintu setiap rumah bagi mengelakkan notis ini hilang dan tidak sampai ke tangan penghuni.
1.6 Pemasangan banner tahun baru
Sebagai hebahan kepada setiap penduduk, satu banner telah dipasang di setiap projek. Selain ucapan selamat tahun baru, pemberitahuan pengurusan strata telah diambil alih oleh PMINT Urus dan segala pembayaran boleh dibuat di pejabat pengurusan di tapak projek masing-masing.
1.7 Taklimat Untuk Operasi Strata
Sebelum menjalankan kutipan bayaran pada Januari 2018, satu sesi taklimat ringkas telah dibuat kepada kakitangan operasi strata. Diberi maklum cara penggunaan buku resit dengan betul. Jika terdapat sebarang kesilapan semasa menulis di buku resit, diajarkan kaedah yang perlu dibuat. Juga dimaklumkan tatacara semasa menerima bayaran dan selepas selesai kutipan, duit tersebut hendaklah dimasukkan terus ke dalam bank.