PENGENALAN STRATA

Pengurusan strata adalah mengambil tanggungjawab Kerajaan/PMINT di dalam pengurusan strata (menubuhkan JMB/MC).

JMB ialah Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama).

Management Corporation (Perbadanan Pengurusan) iaitu Badan Pengurusan yang diuruskan sepenuhnya oleh penduduk (3 – 14 orang) dan disertai oleh 1 wakil pemaju yang perlu ditubuhkan dalam tempoh 12 bulan selepas pemilikan kosong (VP).

Badan Pengurusan boleh ditubuhkan setelah pindah milik melebihi 50% (Konteks Kos Rendah)

Skop tugas JMB dan MC adalah sama iaitu pengurusan dan penyenggaraan rumah pangsa berkenaan sama ada oleh penduduk sendiri atau melantik ejen.