Membuat Garisan Di Dalam Lif

Dalam usaha membendung jangkitan COVID-19, Bahagian Pengurusan Strata telah “Melaksanakan langkah menghadkan jumlah kemasukan individu di dalam lif pada satu-satu masa”.

 

“Kita Lawan COVID-19 Bersama-Sama”

 Pelaksanaan ini disambut baik oleh penghuni dan berharap langkah itu dapat mengelakkan dan penjagaan dari wabak COVID-19 ini.

 

Makluman Jadual Pembukaan Kaunter Bayaran

Pada 28 Mei 2020, kakitangan PMINT Urus telah meletakkan jadual pembukaan kaunter bayaran bagi Bulan Jun 2020 pada papan kenyataan  bagi memaklumkan kepada penghuni kaunter bayaran akan dibuka mengikut tarikh yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kaunter dibuka bukan sekadar untuk menerima bayaran, malah untuk penghuni membuat aduan kerosakan.