PERJUMPAAN PENDUDUK DAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF DI PANGSAPURI LADANG GEMILANG FASA I DAN FASA II

16 & 17 JUN 2023 (JUMAAT & SABTU)   |   PANGSAPURI LADANG GEMILANG FASA I DAN FASA II

Alhamdulillah, selesai program perjumpaan penduduk bagi Projek Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa I (Jumaat) dan Projek Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa II (Sabtu). Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi memberi penerangan dan taklimat terhadap pengurusan strata dan Badan Pengurusan (MC) kepada penduduk. 

Selain itu, Syarikat juga turut menyampaikan agihan zakat kepada golongan Asnaf pada majlis tersebut. Semoga agihan ini dapat meringankan sedikit beban kepada penerima.

Terima Kasih juga kepada Pihak Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Kota atas taklimat pencegahan kebakaran dalam bangunan. Semoga taklimat ini dapat memberi serba sedikit pendedahan kepada penduduk tentang pencegahan awal kebakaran di kediaman masing-masing.